Taman Hitech Kulim

Terletak 8 kilometer dari Bandar Kulim. Merupakan Taman Hitech bersepadu yang pertama di Malaysia. Aktiviti utama di taman ini adalah berjoging, berbasikal sambil menikmati keindahan landskap yang mempersonakan.Terdapat juga kemudahan-kemudahan seperti laluan pejalan kaki,pondok rehat, bangku dan taman permainan kanak-kanak.

Salah satu cendawan yang dapat diperolehi di Taman Hitech Kulim

Masih mengekalkan ciri ciri alam semulajadi. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan yang menjadikan taman ini unik dan menarik para pengunjung terutama para jurugambar.


Lihat Peta yang Lebih Besar

Taman Tasik Putra Kulim

Taman Tasik Putra Kulim, Kedah terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Kulim. Ia dikelilingi oleh pusat perniagaan, pentadbiran, stesen bas serta berhampiran dengan Hotel Sri Malaysia. Keluasan Tasik Putra secara keseluruhan ialah 50 ekar manakala keluasan kawasan takungan air lebih kurang 14 ekar.

Walaupun Taman Tasik Putra ini belum di bangunkan sepenuhnya, namun ia telah berjaya menarik ramai pengunjung. Pengunjung boleh melakukan aktiviti berjogging, dan bersiar di laluan pejalan kaki yang mengelilingi tasik.

Kelihatan sekarang ini, semakin meriah dan ramai pengungjung terutama diwaktu petang. Aktiviti menarik di sini ialah bermain layang layang.
Lihat Peta yang Lebih Besar

Char Koay Teow Sg Dua (Telur Ayam Dibasuh)

Berhadapan SM Tunku Panglima Besar,
Jalan Lunas, Kulim
Dibuka dari pukul 3.30 ptg hingga 2.oo pg.

Pasar Malam daerah Kulim

Simpang 3 Kelang Lama

Simpang 3 Kelang Lama

Salah satu usaha MPKK dalam membantu kepada penduduk setempat atau golongan peniaga kecil untuk menambah pendapatan dengan memberi peluang berniaga di Pasar Malam. Banyak tapak telah disediakan untuk para peniaga berniaga. Dengan bersyarat, peniaga perlu mendapatkan lessen perniagaan dari Jabatan Pelesenan, MPKK.

Memberi kemudahan kepada penduduk juga iaitu penduduk boleh mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian di Pasar Malam. Memandangkan individu kini sibuk bekerja, maka luang masa untuk memasak adalah terhad. Jadi di pasar malamlah menjadi tempat untuk menjamu selera. Terdapat pelbagai juadah boleh didapati di Pasar Malam. Pihak MPKK telah menyediakan tapak Pasar Malam di sekitar kawasan yang berdekatan di seluruh Daerah Kulim. Yang menarik adalah , penduduk boleh mengunjung Pasar Malam pada tiap-tiap hari iaitu dari Ahad hingga Sabtu. Bermula pada jam 4 petang dan Pasar Malam akan berakhir sekitar jam 12.00 tghmalam.

Para pengunjung boleh juga mendapatkan pelbagai macam jenis buah-buah tempatan atau semasa di Pasar Malam ini. Para pengunjung juga dinasihatkan membawa bersama payung untuk kegunaan ketika hari hujan.

Jadual dan lokasi Pasar Malam di Daerah Kulim mengikut hari dan lokasi.
Ahad

  • Kelang Lama

Isnin

  • Taman Lobak
  • Lunas (desa Makmur)
  • Taman Kenari
  • Taman Sena Labu Besar

Selasa

  • Taman Semarak

Rabu

  • Kulim (Market Kulim)
  • Pekan Karangan
  • Pekan Sungai Karangan
  • Padang Serai

Khamis

  • Kelang Lama

Jumaat

  • Pekan Junjung
  • Taman Jati
  • Kampung Nagalilit
  • Sidam Kanan
  • Taman Semarak

Sabtu

  • Kulim (Market Kulim)
  • Taman Mutiara
  • Merbau Pulas
  • Padang Serai


Hospital Kulim Hitech

Hospital Kulim merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kedah, Malaysia.
Hospital baru Kulim siap dibina pada tahun 1994 dan mula beroperasi pada 1hb. September 1994. Terletak dalam kawasan “Hi-Tech” Kulim di atas tanah seluas 25 hektar, kira-kira 5 km dari pusat Bandar Kulim.

Hospital Kulim Hitech

Alamat
Hospital Kulim
Jalan Mahang
09000 Kulim
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel.: 04-4272733

Kulim Golf And Country Resort

Kulim Golf And Country Resort

Persiaran Kulim Golf,Kulim Hi-Tech Park,09000 Kulim, Kedah  09000
04-4032828

Terletak di Taman Teknologi Tinggi Kulim. Terdapat kemudahan rumah kelab beserta padang golf 27 lubang serta kemudahan rekreaksi lain. Aktiviti utama yan di sediakan adalah permainan golf samaada untuk rekreaksi atau pertandingan sukan.


View Larger Map