Motosikal Kawasaki RR150 harga RM2,000

KULIM – Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Kulim menahan seorang remaja berusia 18 tahun di rumahnya di Taman Harmoni kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin kerana dipercayai menjadi orang tengah menjual motosikal curi.

Ketua Balai Polis Kulim, Inspektor Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, maklumat diterima pihaknya daripada orang ramai.

Menurutnya, ketika ditahan remaja berkenaan berada di rumah bersama keluarganya.

“Ketika disoal siasat, dia pada mulanya enggan memberi kerjasama kepada polis dan menafikan setiap aktivti yang dilakukan.

“Bagaimanapun dia mengubah kenyataan dibuat setelah polis membawa seorang saksi yang pernah membeli motosikal curi daripadanya,” katanya.

Mohd Azlan berkata, remaja itu memaklumkan bahawa dia hanya menjadi orang tengah.

“Pencuri motosikal akan menghantar khidmat pesanan multimedia (MMS) motosikal yang dicuri ke telefon bimbitnya. Sekiranya ada pelanggan, dia akan menghubungi pencuri terlibat untuk bertanyakan harga.

Kawasaki RR150 curi dijual dengan harga RM2000 untuk mendapat RM50 sahaja

“Motosikal Kawasaki RR150 akan dijual dengan harga RM2,000 manakala Yamaha RXZ Catelaizer akan dijual dengan harga RM1,500. Bagi motosikal seperti Honda EX5 atau jenama lain yang sejenis dengannya akan dijual dengan harga RM350 seunit,” katanya.

Murah! Cuma RM350/= sebuah!

Katanya, remaja itu juga memberitahu kebanyakan motosikal yang dijual akan mengunakan nombor pendaftaran palsu selain tidak mempunyai geran.

“Dia yang akan membawa pembeli dan berjumpa dengan pencuri motosikal. Sekiranya harga yang ditawarkan itu bersesuaian, dia akan membawa pelanggan mengambil motosikal di tempat yang akan ditentukan.

“Hasil menjadi orang tengah, dia hanya mendapat RM50 bagi setiap motosikal curi yang dijual,” katanya.

Sumber Sinar Harian

Komen Facebook