Gempa bumi kuat turut dirasakan di Kulim

KULIM 11 April – Gempa bumi yang berlaku di Aceh turut dirasakan gegarannya di Kulim. Pekerja di kawasan Kulim HI-TECH turut merasa panik apabila bangunan, perabut seperti kerusi meja bergoyang. Kejadian ini berlaku sekitar pukul 4.40 petang.

Sebanyak 27 buah negara di kawasan Lautan Hindi telah mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi kuat yang berlaku di Aceh petang ini. Satu lagi gempa kuat 8.8 skala Richter dilaporkan berlaku di daerah Simeulue, Aceh kira-kira pukul 5.43 petang ini (6.45 waktu Malaysia).
Ia merupakan gempa susulan kejadian pertama yang berlaku pukul 3.38 petang di daerah yang sama.
Sebelum itu, gempa susulan dengan kekuatan 6.5 skala Richter turut berlaku pada pukul 4.28 petang.
Gempa tersebut turut mengeluarkan amaran tsunami.

Antara negara tersebut ialah Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Britain, Malaysia, Mauritius, Seychelles, Pakistan, Somalia, Oman, Madagascar, Iran, UAE, Yemen, Bangladesh, Tanzania, Mozambique, Kenya, Africa Selatan dan Singapura dan beberapa negara kepulauan di Lautan Hindi.

Badan Pemantau Geologi Amerika Syarikat (AS), berkata, gempa bumi yang berpusat kira-kira 33 kilometer di dasar laut, berlaku kira-kira 495 kilometer dari Banda Aceh.

Seorang pegawai Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Said berkata, amaran tsunami sudah dikeluarkan. – AGENSI

Komen Facebook