BMW dipasang di Kulim

BMW Malaysia Sdn Bhd menampilkan model pertama BMW 5-siri pemasangan tempatan, BMW 523i yang ditawarkan dengan harga RM383,800 seunit.

BMW 523i

BMW 523i

Pengarah Urusannya, Geoffrey Briscoe berkata, model yang dipasang di kilang pemasangan BMW di Kulim, Kedah itu diperkenalkan bagi memastikan wujudnya bekalan yang optimum untuk varian itu di pasaran tempatan.

Katanya, pengenalannya juga bertujuan untuk mengurangkan kos keseluruhan pemilikannya disamping mengekalkan standard kualiti premium sedia adanya.

“BMW Malaysia yakin dengan legasi BMW 5-siri, varian ini akan menjadi daya penarik dalam memperkukuhkan lagi jenama BMW di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Dilengkapi enjin berkuasa 2.5 liter dengan Valvetronic yang berupaya meningkatkan kelajuan sehingga 150 kilometer sejam itu, BMW 523i itu ketika ini menjadi model terlaris di pasaran tempatan.

Pengurus Pengeluaran BMW Malaysia, Manfred Zink, berkata, kemudahan kilang BMW di Kulim yang beroperasi sejak 2008 itu memainkan peranan penting kepada kejayaan jualan model BMW di Malaysia itu sudah mengeluarkan lebih daripada 4,900 unit ketika ini.

Memiliki lebih daripada 400 kakitangan terlatih, kilang itu turut dilengkapi teknologi pemasangan yang paling moden yang memasang beberapa varian BMW 3-siri.
Sementara itu, BMW Malaysia Sdn Bhd mengunjur jumlah jualannya di wilayah Pantai Timur mampu meningkat lebih 20 peratus tahun susulan jangkaan pertambahan permintaan berikutan prospek ekonomi semasa yang lebih baik.

Briscoe pada sidang media selepas majlis memperkenalkan pengedar baru, Pendragon Auto Sdn Bhd di Kuantan, Pahang, semalam, berkata sasaran jualan kenderaan BMW di tiga negeri di wilayah itu pada tahun ini adalah 100 unit, lebih tinggi daripada jumlah jualan tahun lalu iaitu 60 unit.

“Kita melihat potensi pasaran kenderaan mewah di wilayah itu semakin berkembang dan ia memberi kelebihan kepada BMW iaitu jenama yang sememangnya sudah lama popular dan diyakini, selain daripada penyediaan perkhidmatan bermutu tinggi kepada pemiliknya,” katanya.

Sumber Berita Harian

9 Mac 2012

KUALA LUMPUR – BMW Group Malaysia hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada generasi kelima BMW 3 SERIES pada majlis yang berlangsung di kemudahan pemasangan tempatan di Kulim, Kedah.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Urusannya Geoffrey Briscoe berkata 3 Series berjaya melakar kejayaan sejak diperkenal pada 2006.

“Setakat ini, sejumlah 10,743 unit dijual di dalam negara, dengan 8,900 unit dipasang di Malaysia,” katanya. – Bernama

Komen Facebook