Category: Sinar Harian

Gagal curi motosikal

KULIM – Dua remaja berusia 18 tahun terpaksa berputih mata apabila cubaan melarikan sebuah motosikal jenis Honda EX5 berjaya dipatahkan oleh Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Kulim yang sedang membuat rondaan kira-kia jam 1.30 pagi semalam.

Kejadian berlaku di persimpangan Taman Cendana bila suspek dilihat sedang menunda motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Jurucakap polis berkata, polis mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan tetapi mereka enggan berbuat demikian, memaksa polis memintas motosikal suspek untuk mengelakkan mereka melarikan diri.

Continue reading “Gagal curi motosikal” »

Suami dikurung, tak dibenarkan bekerja

KULIM – Hanya kerana cemburu terhadap suaminya, seorang isteri berusia 30-an mengambil tindakan mengunci suaminya dalam bilik dan tidak membenarkan dia keluar bekerja.

Wanita itu turut mengugut mencederakan anak mereka yang berusia 18 bulan menggunakan pisau sekiranya suaminya enggan mendengar arahan.

Bagaimanapun, waris mangsa yang berada dalam rumah ketika kejadian berlaku cuba memujuk wanita itu dan meminta supaya dia meletakkan pisau itu di atas lantai.

Melihatkan keadaan wanita itu yang agresif, waris mangsa mengambil keputusan memegangnya sebelum ditenangkan.

Suaminya berkata, ini merupakan kali keempat isterinya cuba mencederakan anak mereka tetapi dapat diselamatkan. Bimbang diapa-apakan pada masa akan datang, dia dan warisnya menghubungi Balai Polis Kulim untuk bantuan.

“Sebelum ini dia dalam keadaan baik tetapi setelah bersalin, sikapnya berubah dan sering menuduh saya bermain kayu tiga.

“Sebagai seorang peniaga saya harus berjumpa dengan pelanggan atas urusan kerja tetapi isteri saya tidak hiraukan, “ katanya.

Menurutnya, isterinya juga tidak membenarkan dia keluar bekerja dan enggan makan ubat penenang seperti yang diarahkan doktor.

“Ini mengakibatkan isteri tidak sedarkan diri ketika membuat sebarang tindakan yang boleh membahayakan dirinya dan orang lain,” katanya.

Tiga anggota polis yang datang ke lokasi kejadian membawa wanita itu balik ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Dari pemeriksaan dijalankan terhadap wanita itu, polis menemui ubat penenang miliknya di dalam poket dan disahkan pernah menerima rawatan sebagai pesakit jiwa di Hospital Kulim.

Polis kemudiannya membawa wanita itu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan dia tidak ingat sebarang kejadian yang berlaku di rumah.

Setelah berpuas hati dengan keterangan diberi, doktor kemudiannya mengarahkan wanita itu balik dan memakan ubat mengikut jadual ditetapkan.

[SINAR HARIAN]

SKSLR lahirkan pemain bola terbaik!

Barisan guru-guru dan pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja

KULIM – Pertandingan bola baling anjuran oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG), Sungai Ular menyaksikan pasukan lelaki dan perempuan daerah Kulim Bandar Baharu menunjukkan kecemerlangan apabila menang semua perlawanan, sepanjang kejohanan itu diadakan.

Pertandingan secara liga itu disertai lima sekolah PKG Daerah Kulim Bandar Baharu.
Dalam pertandingan itu, Mohd Solehan Abdullah dianugerahkan penjaring terbaik apabila berjaya membuat 10 jaringan sepanjangan perlawanan diadakan.
Secara keseluruhan, Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja (SKSLR) berjaya melahirkan pemain bola baling terbaik apabila dua pemain lelaki dan empat pemain perempuan dipilih mewakili Daerah Kulim Bandar Baharu ke peringkat negeri Kedah yang akan diadakan di Baling.
Pengurus Pasukan SKSLR, Mohd Syaiful Izham Mohd Tamin berkata, kecemerla-ngan pemain hingga meraih kemenangan berpunca dari disiplin murid selain bimbingan semua guru terlibat termasuk sokongan Guru Besar SKSLR, Saidim Mat Isa.
“Antara guru telah memberikan sokongan padu kepada pasukan bola baling lelaki dan perempuan bawah 12 tahun sekolah ini antaranya adalah jurulatih lelaki, Mohd Fauzi Zakaria; jurulatih perempuan, Rohani Ahmad Zaali dan semua guru terlibat.
“Pasukan lelaki berjaya di tempat kedua apabila tewas kepada Sekolah Kebangsaan Mahang, manakala pasukan perempuan terus bergelar johan PKG apabila menewaskan Sekolah Kebangsaan Mahang 5-0 diperingkat akhir,” katanya.

Pelajar kecewa kehilangan RM300 dari akaun bank

"Sebagai penuntut saya juga sangat kecewa kerana bank langsung tidak mahu menyiasat kes penipuan ini"

KULIM 11 April- Seorang penuntut perempuan berusia 19 tahun yang menuntut di sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di sini, terkejut apabila mendapati wang simpanannya di dalam sebuah bank telah dikeluarkan sebanyak RM300.

Mangsa, yang cemas dengan kejadian itu kemudiannya membuat laporan di bank terbabit dan menyatakan dia tidak mengeluarkan sejumlah wang itu.

Namun, kakitangan bank yang menerima aduan tidak mengendahkan masalah mangsa, sebaliknya menuduh mangsa cuai dan kad ATM miliknya mungkin digunakan orang lain.

Menurut mangsa, tuduhan pihak bank terhadapnya adalah tidak benar dan menyifatkan diri teraniaya.

“Kakitangan bank itu kata saya hanya boleh buat laporan, tetapi duit tidak akan dikembalikan kerana terdapat transaksi menunjukkan duit itu dikeluarkan.”

“Saya keliru dengan masalah ini kerana ia pernah berlaku pada rakan lain, terutama apabila duit pinjaman yang kami buat dimasukkan.”

“Sebagai penuntut saya juga sangat kecewa kerana bank langsung tidak mahu menyiasat kes penipuan ini,” katanya.

Mangsa berkata, baginya jumlah wang yang hilang itu sangat besar kerana masih menuntut, malah bapanya hanya seorang nelayan.

Kecewa dengan sikap bank, mangsa bertindak berjumpa Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim dan menceritakan segala masalah dihadapinya.

Sementara itu, Mohd Zailan berkata, mangsa perlu membuat laporan polis terlebih dahulu untuk membolehkan laporan kehilangan duit itu dipanjangkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna di Pulau Pinang.

Menurutnya, sebelum ini, kes sama pernah berlaku dan siasatan polis mendapati kakitangan bank dan sindiket yang memalsukan kad ATM terlibat.

“Masalah ini bukan perkara baru, malah jenayah kolar putih ini berlaku sejak dulu lagi. Polis berjaya menahan individu dan kumpulan terlibat dalam jenayah ini.

“Sehingga kini masalah kehilangan duit dalam akaun bank masih berlaku dan berharap siasatan terperinci dapat dijalankan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Beliau menasihatkan mangsa supaya membuat laporan polis dan perkara sama akan dipanjangkan kepada kementerian terlibat.

“Bagi seorang pelajar yang datang dari keluarga yang daif, RM300 sangat berharga kepada mereka,” katanya.

[SINAR HARIAN]

Ada Hantu di Jln Sg Lembu?

KULIM – Misteri alam ghaib sememangnya wujud tapi tidak semua yang dipaparkan adalah benar. Kewujudan syaitan dan iblis adalah kenyataan di mana mereka juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT.

Pocong Hitech

Sinar Harian sebelum ini pernah memaparkan imej pocong yang dirakamkan di sekitar kawasan Kulim Hi Tech dan penemuan itu diakui pekerja industri di kawasan terbabit.

Ada nampak hantu?

Sekali lagi lensa Sinar Harian merakamkan imej seakan seorang wanita mendukung anak di jendela sebuah bangunan lama sekitar Jalan Sungai Lembu
Imej wanita itu dirakamkan kira-kira jam 6 petang. Ketika penggambaran dibuat, Sinar Harian turut ditemani seorang pengamal perubatan tradisional.

Sepanjang penggambaran, sememang perasaan seram itu ada terutama apabila mendekati bangunan lama itu. Dari tinjauan mendapati, kawasan itu langsung tidak didatangi binatang liar seperti anjing walaupun ia adalah kawasan tinggalan.

 

Pencari kayu, Abdul Razak Mohamad, 57, berkata, sepanjang dia menjalankan aktiviti di sekitar, pelbagai imej dan lembaga pernah ditemui terutama menjelang waktu senja.

 

Selain itu, Jalan Sungai Lembu cukup sinonim dengan gangguan pontianak dalam kalangan penduduk yang tinggal berhampiran. Ada di antara mereka yang tidak berani menggunakan jalan itu tengah malam.

 

Penduduk di sekitar kawasan berkata, pernah berlaku di mana sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki ditumpang lembaga seorang wanita di belakangnya.


“Saya datang ke kawasan ini lebih 20 tahun lalu dan banyak yang temui. Pernah juga menemui lembaga berjalan dalam keadaan tunduk melalui dicelah-celah pokok getah di belakang saya. Selain itu, saya pernah mendengar suara perempuan menangis dan keadaan teresak-esak.

“Bangunan ini adalah binaan zaman kolonial. Dalam jangka masa begitu panjang, bangunan ini semakin tua dan kini terus ditinggalkan. Di bahagian lurah bukit ini terdapat jirat lama yang turut ditinggalkan.”Setelah berlakunya hakisan, kebanyakan jirat yang ada ini runtuh. Tidak mustahil sekiranya ada di antara jirat yang ada di sini, berlubang dan saya pernah melihatnya sendiri,” katanya.

Petikan – Sinar Harian


Lihat Peta yang Lebih Besar